top of page

MyDIGITAL: MEMACU TRANSFORMASI DIGITAL SEKTOR AWAM

Masa

9.15 pagi – 10.00 pagi

Klik pada logo

LOGO WEBEX LIVE.png

Meeting Number

2518 366 7333

Klik pada logo

LOGO FB LIVE.png

Pautan

Katalaluan

WEBINARTD2021

Pautan

Pengenalan

Tanpa disedari, di sebalik kesengsaraan dan kepayahan pandemik COVID-19, Kerajaan telah membuka dimensi baharu penawaran perkhidmatan kerajaan secara digital.

Transformasi dan inovasi ini telah menyaksikan sehingga kini, sebanyak 57.02% perkhidmatan sektor awam berjaya didigitalkan secara end-to-end (E2E) dan sasaran seterusnya adalah sebanyak 80% perkhidmatan sektor awam secara E2E menjelang 2025.

Antara strategi yang dirangka untuk mencapai sasaran tersebut adalah melalui Strategi Pengurusan Perubahan secara strategik yang sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan.

Sesi ini akan berkongsi pencapaian inisiatif MyDigital (Kluster Kerajaan) dan strategi pengurusan perubahan yang dilaksanakan oleh MAMPU.

DR. MOHD BAKHARI ISMAIL

Panel

DR. MOHD BAKHARI ISMAIL

Timbalan Ketua Pengarah
Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Dr Bakhari adalah seorang Certified Learning and Development Professional (CLPD) oleh Chartered Institute of Personnel & Development (CIPD), United Kingdom dan seorang Certified Neuro Linguistic Programming (NLP) Practitioner for Trainers.

Beliau sekarang merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Transformasi dan Pemodenan Pengurusan), Unit Pemodenan dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU). Sebelum itu beliau merupakan Timbalan Pengarah Kanan, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) yang menerajui hal-ehwal akademik.

Dr. Bakhari mempunyai lebih 25 tahun pengalaman dalam perolehan kerajaan, kewangan, pengurusan sumber manusia, pembangunan organisasi, perekayasaan proses kerja dan latihan.

Beliau mempunyai ijazah pertama dari Universiti Islam Antarabangsa, Sarjana Sains dalam Pengurusan Maklumat Strategik dari Universiti Bedfordshire, UK dan Ijazah Kedoktoran dalam bidang Pengurusan Pengetahuan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Beliau juga telah menghadiri Advanced Management Programme (AMP) di Harvard Business School.

Dr Bakhari telah menerbitkan lebih daripada 30 artikel dalam jurnal tempatan dan antarabangsa dan telah membentangkan kertas kerja di peringkat tempatan dan juga antarabangsa. Semasa di INTAN beliau melaksanakan latihan dalam bidang Pengurusan Strategik, Kepimpinan Strategik, Pengurusan Perubahan, Pengurusan Pengetahuan, dan kursus-kursus lain dalam bidang kepimpinan dan pengurusan.

bottom of page